DEFINASI KEKUTUBAN ( POLARITY )
Kekutupan ialah menerangkan arah pengaliran arus ( elektron ) dari satu
pol ke satu pol yang lain. Bahagian yang menerima arah pengaliran ini akan
menghasilkan haba yang lebih banyak dari bahagian yang satu lagi .
Oleh kerana elektron bergerak dari
pol negetif ( -) ke pol positi (+) ini menyebabkan bahagian pol
positif ini lebih panas 2/3 dari bahagian pol negatif
Kekutuban Terus
Ia
dikenali sebagai Normal polarity atau Negetif
polarity ( DCSP) . Eletkrod berada pada pol negetif ( DC- ) .
Dalam keadaan ini , kepanasan berada pada bendakerja iaitu 2/3 ( 70%) manakala
1/3 ( 30%) pula pada elektrod . Keadaan penembusannya adalah dalam manakala
keadaan batas sedikit cembung .
Kegunaan Kekutupan Terus
1. Digunakan keatas elektrod bersalutan nipis atau tanpa salutan.
2. Digunakan
untuk mengimpal logam-logam tebal kerana memerlukan haba yang tinggi untuk
melebur logam asas.
Kekutuban Berbalik
Ia dikenali sebagai ‘ Positif Polarity ‘ . Elektrod berada
pada pol positif dengan memiliki keupayaan haba 70% . Keadaan penembusan
sederhana dan permukaan batasnya sedikit tinggi.
Kegunaan Kekutupan Berbalik
1. Sesuai
untuk letrod bersalut tebal.
2. Mengimpal logam logam nipis kerana boleh mengawal haba kepanasan.
3. Mengimpal besi tuangan kerana mengelakkan kepanasan berlebihan pada
logam kerja
Pemilihan Kekutupan
a. Bergantung kepada tebalnya logam yang hendak
dikimpal.
b. Bergantung kepada jenis logam
c. Bergantung kepada kedudukan mengimpal.
d. Bergantung kepada dalam penembusan yang
dikehendaki.
e. Bergantung kepada jenis elektronik dan salutan
mengikut syarikat pengeluar.



No comments:
Post a Comment