ARC STABILIZER



Ini adalah salah satu faktor penting dimana salutan dapat mengawal pembentukkan serta semburan arka dengan baik.

Pemeliharaan arka ini adalah merangkumi seperti:
  1. Mudah mendapat dan memulakan arka.
  2. Mendapatkan pembakaran salutan yang sekata dan kecairan yang seimbang bersama logam pengisi di mana arka dapat dikawal dan ditumpukan pada satu tempat bersama haba yang terkumpul dan tinggi.
  3. Membentuk dan mempertingkatkan lagi sifat semburan arka samada sederhana atau bagi menentukan keadaan penembusan.
  4. Mempelbagaikan kepada pemilihan arus dan kekutupan dengan bentuk arka yang tersendiri.
  5. Menghasilkan gas-gas pengionan yang menambah kadar pengaliran arus elektrik untuk tujuan mendapatkan arka
  6. Mempertingkatkan lagi beberapa daya pemisah bagi mempercepatkan lagi pemindahan logam tambahan melalui celahan arka ke kolam kecairan
Ramuan unsur pancalogam ( Alloying ingredients )
  1. Salutan juga merupakan pembekal unsur-unsur pancalogam dalam bentuk garam-garam metalik.
  2. Ini adalah bertujuan bagi mengimbangi dengan unsur-unsur yang terdapat di dalam logam yang telah dikimpal.
  3. Pancalogam ini juga dapat mengawal kandungan karbon dan silikan di dalam logam.
  4. Antara unsur pancalogam ini ialah molybednum, tungsten, mangganam, vanadium, nickel dan aluminium.
  5. Bagi serbuk besi pula adalah untuk menambah kepanasan dan mempercepatkan kadar pengisian serta kelajuan mengimpal.
  6. Tambahan pancalogam ini akan mengekalkan sifat-sifat asas sambungan iaitu fizikal dan mekanikal seperti kekuatan regangan, kemuluran, keliatan, keanjalan, kekerasan, keplastikan, tahan karat dan tahan haba.
Bahan-bahan Organik ( Organic Metarial )
  1. Merupakan unsur campuran bahan-bahan kimia dan tisu-tisu pada kulit tumbuhan.
  2. Pembakarannya akan menghasilkan gas-gas pelindung dalam bentuk kabus yang padat dan kedap menyelimuti arka dan kolam cairan. Kabus ini mengandungi samada hidrogen, karbon hydrates atau karbon dioksaid. Ini adalah bagi melindungi persekitaran arka dan kolam cairan dari kemasukkan gas-gas seperti oksigen dan nitrogen.
  3. Gas Nitrogen atau oksigen pada atmosfera akan mudah bertindakbalas dengan cairan logam semasa panas lalu mengujudkan bahan oksaid atau nitrid iaitu akan menyebabkan rongga-ronga udara dalam sambungan
Pengikat ( binder )
Unsur-unsur ini bertujuan sebagai gam atau pengikat salutan pada teras dawai dalam keadaan padat dan kuat pada jangka masa yang lama. Ia juga memelihara teras tersebut dari berkarat dan menentang kelembapan.

No comments:

Post a Comment