TUGAS-TUGAS UMUM SALUTAN:
- Bertindak sebagai bahan lakur dan agen pegoksaid bagi tujuan membersih kekotoran dan bertindakbalas dengan sebarang oksaid atau nitrid lalu mengeluarkan dari kolam cairan.
- Membekalkan gas pelindung di sekeliling arka bagi melindungi leburan logam dari tindak balas oksigen dan nitrogen pada atmosfera. Gas-gas luar ini akan menyebabkan sambungan menjadi lemah dan berongga.
- Membina terak yang baik supaya dapat melindungi batas kimpal yang masih panas dari atmosfera. Ia juga mengawal penyejukkan logam perlahan-lahan bagi mengekal sifat-sifat fizikal dan mekanikal logam.
- Memudahkan kerja mula dan mengawal arka, mengurangkan percikkan serta kemantapan dan kestabilan arka.
- Mendapatkan penembusan dengan mutu pemeriksaan sinar-X yang baik kepada sambungan kimpal.
- Mempercepatkan kadar penambahan atau pengisian logam ke dalam lekuk arka serta mempercepatkan proses mengimpal. Ini terdapat pada salutan yang mengandungi serbuk besi.
- Mengurangkan kandungan hydrogen di dalam sambungan kimpal kerana salutan mengandungi banyak bahan karbonat di mana kurang kandungan hidrogen.
- Melindungi butiran semburan logam semasa pemindahan logam melalui celahan arka kedalam kolam cairan.
- Mendapatkan sifat-sifat batas kimpal yang baik, permukaan logam yang bersih, rata dan sisik halus.
- Menghasilkan gas-gas pengionan yang boleh di pertingkatkan lagi keupayaan pengaliran arus melalui arka serta melindungi arka yang terpadam semasa putaran berbalik bagi arus ulang alik.
- Mencampurkan unsur-unsur pancalogam ke dalam cairan logam bagi mendapat sifat dan mutu sambungan yang seimbang dengan logam asas. Ia juga bagi mendapat sifat tertentu seperti karat, penentang haba dan penentang sifat-sifat kelesuan logam.
No comments:
Post a Comment