Kekutupan
ialah menerangkan arah pengaliran arus ( elektron ) dari satu pol ke satu pol
yang lain. Bahagian yang menerima arah pengaliran ini akan menghasilkan haba
yang lebih banyak dari bahagian yang satu lagi .
Kekutuban Terus
Ia dikenali sebagai Normal polarity atau Negetif polarity ( DCSP) . Eletkrod berada pada pol negetif ( DC- ) . Dalam keadaan ini , kepanasan berada pada bendakerja iaitu 2/3 ( 70%) manakala 1/3 ( 30%) pula pada elektrod . Keadaan penembusannya adalah dalam manakala keadaan batas sedikit cembung .
Kegunaan Kekutupan Terus
1.
Digunakan keatas elektrod bersalutan nipis atau tanpa salutan.
2. Digunakan untuk mengimpal logam-logam tebal
kerana memerlukan haba yang tinggi untuk melebur logam asas.Kekutuban Berbalik
Ia
dikenali sebagai ‘ Positif Polarity ‘ . Elektrod berada pada pol positif dengan memiliki keupayaan haba 70% . Keadaan
penembusan sederhana dan permukaan batasnya sedikit tinggi.
Kegunaan Kekutupan
Berbalik
1. Sesuai
untuk letrod bersalut tebal.
2.
Mengimpal logam logam nipis kerana boleh mengawal haba kepanasan.
3.
Mengimpal besi tuangan kerana mengelakkan kepanasan berlebihan pada logam kerja
Pemilihan Kekutupan
a.
Bergantung kepada tebalnya logam yang hendak
dikimpal.
b.
Bergantung kepada jenis logam
c.
Bergantung kepada kedudukan mengimpal.
d.
Bergantung kepada dalam penembusan yang
dikehendaki.
e.
Bergantung kepada jenis elektronik dan salutan
mengikut syarikat pengeluar.


