Wednesday, 6 November 2013

PRINSIP KIMPALAN ARKA

DEFINASI KEKUTUBAN ( POLARITY )

Kekutupan ialah menerangkan arah pengaliran arus ( elektron ) dari satu pol ke satu pol yang lain. Bahagian yang menerima arah pengaliran ini akan menghasilkan haba yang lebih banyak dari bahagian yang satu lagi .

Oleh kerana elektron bergerak dari pol negetif ( -) ke pol positi (+) ini menyebabkan bahagian pol positif ini lebih panas 2/3 dari bahagian pol negatif


















Kekutuban Terus

Ia dikenali sebagai Normal polarity atau Negetif polarity ( DCSP) . Eletkrod berada pada pol negetif ( DC- ) . Dalam keadaan ini , kepanasan berada pada bendakerja iaitu 2/3 ( 70%) manakala 1/3 ( 30%) pula pada elektrod . Keadaan penembusannya adalah dalam manakala keadaan batas sedikit cembung .


Kegunaan Kekutupan Terus

1. Digunakan keatas elektrod bersalutan nipis atau tanpa salutan.
2. Digunakan untuk mengimpal logam-logam tebal kerana memerlukan haba yang tinggi untuk melebur  logam asas.

Kekutuban Berbalik


Ia dikenali sebagai ‘ Positif Polarity ‘ . Elektrod berada pada pol positif dengan memiliki keupayaan haba 70% . Keadaan penembusan sederhana dan permukaan batasnya sedikit tinggi.


Kegunaan  Kekutupan  Berbalik

1. Sesuai untuk letrod bersalut tebal.
2. Mengimpal logam logam nipis kerana boleh mengawal haba kepanasan.
3. Mengimpal besi tuangan kerana mengelakkan kepanasan berlebihan pada logam kerja


Pemilihan Kekutupan

a. Bergantung kepada tebalnya logam yang hendak
    dikimpal.
b. Bergantung kepada jenis logam
c. Bergantung kepada kedudukan mengimpal.
d. Bergantung kepada dalam penembusan yang
    dikehendaki.
e. Bergantung kepada jenis elektronik dan salutan

    mengikut syarikat pengeluar.

No comments:

Post a Comment