Tuesday, 5 November 2013

ELEKTROD SMAW

PENGENALAN 

Elektrod kimpalan arka ialah suatu dawai teras atau batang rod yang digunakan sebagi terminal. Arus mengalir antara terminal. Ketika proses mengimpal dilakukan electrode akan lebur dan membentuk batas kimpal. Jenis-jenis elektrod. Terdapat berbagai jenis tetapi boleh dibahagi kepada dua kumpulan besar iaitu: 1. Elektrod guna habis. Ialah elektrod yang boleh cair semasa kewujudan arka. Ia juga terdapat dalam dua jenis iaitu elektrod batang bagi kimpalan arka elektrik manual dan elektr ik jenis gelung dawai bagi kimpalan arka elektrik automatik dan separa automatik. Elektrod batang terdiri daripada satu dawai teras atau yang bersalut dengan lapisan bahan lakur kecuali bahagian 15-40 mm daripada pangkal

Elektrod guna habis
Elektrod yang cair semasa kewujudan arka 
a.  Keluli lembut.
b.  Besi tuangan.
c.  Bukan feros atau tak berbesi.
d.  Mengeras permukaan (Hardsurfacing)      
e.  Keluli tak berkarat.

Elektrod tidak guna  habis.
 Ialah elektrod yang digunakan untuk mengalirkan arus bagi mendapatkan arka untuk  meleburkan logam. Contohnya ialah:
i.   Tungsten ( Kimpalan GMAW )
ii.  Tembaga ( Spot welding  
iii.  Karbon

No comments:

Post a Comment